Jumaat, 31 Januari 2014

HAPPY BIRTHDAY TOBISATOKOU

TOBISATOKOU telah genap setahun hari ini 31.1.2014. Misi utama Tobisatokou ialah  mendokumentasikan setiap aktiviti-aktiviti utama dan mempromosikankan  maklumat program semasa. Persatuan memang banyak menjalankan program namun jika ahli-ahlinya tidak menyalurkan aktivitinya kepada TOBISATOKOU  maka apa yang ada sajalah yang dapat di muatkan. Walau bagaimanapun di tahun ke-2 ini usaha lebih aktif bagi menambaih baik imej TOBISATOKOU terutamanya melengkapkan ruang2 kosong yang masih lompang, memperbanyak artikal, melengkapkan silasilah dan up date terkini adat istiadat kaum tobilung serta  meningkatkan bilangan pengunjung kepada 1 ribu orang... tidak mungkin kita ada dalam setiap aktiviti,tetapi anda ada dalam setiap aktiviti

Sebab itu salurkan maklumat lewat email ini: tobisatokou@gmail.com
gambar-gambar/foto2 aktiviti emailkan juga.  lepas tu sms lah kpd admin yg mengatakan ada aktiviti terbaru yg telah di emailkan... mudah. ringkas. tidak pening-pening.


Berikut adalah senarai aktiviti Tobisa dalam masa terdekat ini:-

1/. 28.3. 2014 - pertandingan 4x4 di Kg.Timbang - pengurus, En.Pailis Lingkom
2/. 29.3.2014  - upacara moniridong di Kg.Timbang - Pengurus, En.Timis sambadi
3/. 30.3.2014  - Mesyuarat Agung Tobisa 2014 di Kg.Timbang - AJK,Tobisa





Ahad, 19 Januari 2014

DANCE WORLD CUP 2014

Cikgu Aqsa Saubin
Rumah Kebudayaan Tobilung,Kg.Timbang,KB - 19 January 2014; DANCE WORLD CUP 2014 yang diadakan di Portugal menjadi perhatian AMT Tobisa hari ini. Menurut Cikgu.Aqsa Saubin yang juga aktivis kebudayaan SMK Taun Gusi, pihaknya tidak akan berputus asa untuk membawa empat orang pelajar Tobilung bagi mempersembahkan tarian kreatif mongigol tobilung ke portugal pada tahun ini. Menurut cikgu Aqsa,  tahun lepas(2013) mereka gagal membawa pelajar berkenaan ke pertandingan tersebut di sebabkan tidak mendapat sokongan kewangan daripada Kementerian Pendidikan, dan pada tahun ini tidak ada istilah "gagal lagi" tegasnya. Apa yang kami harapkan ialah sokongan penuh daripada Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA), katanya.

Dance World Cup adalah suatu acara tahunan dan di adakan setiap 25 Jun - 8 Julay setiap tahun, melatih pelajar menari bukan suatu halangan yang menjadi halangan utama bagi pengurus peserta ialah kos untuk sampai ke lokasi pertandingan. Dengan membawa 12 penari kreatif dan 2 orang pengiring memakan belanja kira-kira RM150 ribu.

Ketika kertas kerja itu di ajukan kepada pihak AMT Tobisa, jemaah AMT Tobisa senyap seketika namun "menyokong penuh" usaha tersebut dan berikhtiar untuk mengadakan beberapa acara amal bagi mendapatkan dana secukupnya. Pihak persatuan juga memuji Cikgu Aqsa atas usahanya yang tidak mudah berputus asa.