Ahad, 24 November 2013

ORKESTRA BAMBU TOBISA 2013

Selain menerapkan 7 nilai etika tobilung kemahiran bermain muzik tradisional juga harus diwariskan atau diajarkan kepada generasi muda melalui sikul pianak-anakan(taska tobilung) demikian kata-kata penegasan yang berbahagia Ir.Muji Ampau Presiden Tobisa dalam mesyuarat tahunan yang di adakan di RKT.Kg.Timbang hari ini. 

Jumaat, 15 November 2013

MAJLIS GRADUASI SIKUL PIANAK ANAKAN TOBISA 2013

Di sempurnakan oleh En. Ir. Muji Ampau. Presiden Tobisa.
Majlis Graduasi Taska Bahasa Warisan (Sikul Pianak-anakan Tobilung Kg. Toburon, Kg. Sarang, Kg. Dudar Ulu dan Kg. Timbang) 2013 Kali Ke-5.  Turut Hadir Dr. Mark Miller (Pengarah Akademik SIL-Malaysia). Presiden Tobisa mengucapkan Tahniah Kepada para Ibu Bapa Khususnya 4 Buah Kampung Yg Telah Menyokong dan Menghantar Anak2 di Taska ini. TOBISA dan SIL akan Memastikan supaya Program Ini Akan Diteruskan. - (Sumber: Di kutip daripada Wall En.Abar Gumpai & En.Kamijon Mositur)
Guru Taska Bahasa Warisan Tobilung. Roslind Nuli-Dudar Ulu (berdiri kiri sekali(, Jalinah Gambar-Timbang (berdiri 2 dari kiri), KAN.Abar Gumpai, En.Yompok Guntarak, Atikah Moginggok-Toburon (berdiri 3 dari kiri) dan Salinah Bangun-Sarang (berdiri kanan sekali).Dr.Mark Miller, Presiden Tobisa dan  Pengerusi Biro Taska Bahasa Warisan TOBISA En. Kamijan Mositur (duduk paling kanan).










Jumaat, 9 Ogos 2013

4x4 TOBISA DI TIMBANG MENCABAR

Kehebatan ....
Di sertai lebih daripada 10 buah pacuan 4 roda(dari Tuaran dan KK) dan aktiviti kedua selepas berkonvoi di Mandawang bulan Feb lepas. Menurut En.Pailis, track kali ini di siapkan dengan beberapa laluan berlubang dan berlumpur. Jentolak juga di sediakan bagi peserta yang gagal melepasi halangan. Aktiviti CLUB seterusnya ialah pada Oktober ini di kg Kosuli,Tuaran.
Hubungi En.Pailis untuk penyertaan...
Photo aksi lasak 


SA5310x kecundang di halangan No.2


Ahad, 14 Julai 2013

MESYUARAT TOBISA JULY 2013

INGKAL BAGATON: PENGERUSI PMT 2014,MARUDU DARAT
Hotel Marudu Inn, 14 July  - selain penetapan lokasi Pesta Monguyas Torutip(PMT 2014 TOBISA), terdapat 2 isu besar yang di bangkitkan dalam mesyuarat tobisa hari ini. Isu pertama ialah berkaitan dengan kegagalan persatuan membina rumah kebudayaan di hongkod koisaan akibat tindakan YAB.Dr.Maxsimus Ongkili menghalang persatuan daripada berbuat demikian. Menurut Presiden Tobisa, YBG.En Muji Ampau, YAB.Jornah Mohizim sudah memberi kebenaran pada tahun 2008 untuk bagi dua itu rumah kebudayaan suku kaum rungus tetapi katanya " sehingga kini kita masih belum berjaya akibat Mxsimus menghalang kita membuat rumah kebudayaan di sana" katanya.
Perkara kecil dia tak bagi apa lagi dengan perkara-perkara besar - ASBIN.
Menurut salah seorang AMT Tobisa dari Marudu, " minta sokongan perkara kecil pun dia tak bagi apa lagi dengan permintaan yang lebih besar", sudah tiba masanya masyarakat Tobilung di Kota Marudu menilai kembali sokongan kita kepada wakil rakyat berkenaan yang ternyata menjadi penghalang kepada niat kecil kita, katanya.

photo kenangan mesyuarat FREE
clip video kenangan FREE


AKTIVITI TERDEKAT TOBISA

1/. Pertandingan Bola Sepak Piala Presiden - 8 - 9hb Ogos 2013 ok
2/. 4x4 di Kg. Timbang - 9hb Ogos 2013 ok
3/. Mesyuarat AMT di P.Labuan - 28 Sep 2013 dicancel, korum x cukup,12 org saja drp 25. 
4/. Lawatan Ketua-Ketua Adat bersama AMT Tobisa ke KL - Oktober 2013
5/. Majlis Konvokesyen Sikul Pianak Anakan / Taska Tobisa - November 2013


Sabtu, 8 Jun 2013

SUGANDOI TOBISA 2013

Jairin Samud: Pengurus Sugandoi Terbaik Tobisa 2013
Selain  acara Unduk Ngadau, Sugandoi adalah acara kedua terpenting "kaamatan" dan merupakan aktiviti wajib masyarakat momogun Sabah. Bagi Suku Momogun Tobilung kaamatan atau  PESTA MONGUYAS TORUTIP juga turut menjadikan Sugandoi sebagai acara utama. Sugandoi Tobisa 2013 diadakan terpisah dengan pesta monguyas torutip. Menurut En Jairin Samud sugandoi tobisa di adakan di Kg Timbang hari ini. Seramai 25 peserta bertanding dalam acara tersebut. Tobisatokou di fahamkan hadiah pertama ialah RM300.00, tempat kedua RM200.00 dan tempat ketiga ialah RM100.00.Juara sugandoi itu nanti akan di beri penghormatan dan di jadikan penghibur pada pesta monguyas torutip di Kg.Dudar pada 9.6.2013.
Pn.Roslina Imran: Ketua Hakim Sugandoi (berkaca mata hitam)

Juara Sugandoi 2013




Ahad, 24 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG TOBISA 2013

RUMAH KEBUDAYAAN TOBILUNG KG TIMBANG -  Mesyuarat Agung Tobisa 2013 kali ke-25 sebualat suara memansuhkan cawangan-cawangan tobisa seperti yang termaktub dalam article 14 - 19 perlembagaan persatuan. Berikutan dengan pemansuhan artikal 14-19 perlembagaan persatuan ini maka sebanyak 20 cawangan tobisa di seluruh negara kini  dipegang oleh ketua kampung secara automatik.

BERITA TERKINI ...

Pihak pendaftar pertubuhan (ROS) tidak meluluskan  pemansuhan cawangan TOBISA seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat di atas atas sebab2 tertentu. 

ADMIN - 19HB JANUARY 2014

 

Sabtu, 9 Februari 2013

MAJLIS PELANCARAN KELAB 4WD TOBISA


8 am , 2 peserta sudah bersedia dan ini termasuklah pengerusi kelab 4wd, en.pailis lingkom, tiada ucapan pelancaran di adakan ataupun tiupan wisel; Presiden Tobisa sampai jam 9am, lalu di mulai dengan acara bergambar serta proses jual beli t-shirt kelab.
TEPAT JAM 10 am - acara berkonvoi ke Pantai Mandawang bermula. Di sertai 10 peserta yang begitu ghairah  ke destinasi.

 more PHOTO

VIDEO TONTON SINI


 Mula naik.... 11am    
                 

Khamis, 31 Januari 2013

TOBISATOKOU.BLOGSPOT.COM


Kepada semua ahli tobisa/ terutamanya naib2 presiden, ketua2 biro dan semua AMT tobisa serta orang perseorangan yang ada idea terbaik

ANDA DI ALU-ALU menyumbang artikal / berita terkini atau apa-apa saja yang berguna untuk tatapan terbaik masyarakat (kecuali artikal berunsur politik/agama).

sumbangan/ bahan cerita dari anda akan di masukkan dlm blog ini bagi tatapan ramai

sumbangan anda di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih


semua artikal hendaklah dikirim ke email rasmi tobisatokou di bawah ini:

tobisatokou@gmail.com




sekian.


admintobisatokou 31.1.2013