Isnin, 14 Disember 2015

TOP PT3 YANG PERTAMA DI SMATAG

Kheressah Menerima Slip PT3 daripada Pengetua Smatag, En.Pauze Majid
Kheressah Bibianyie Kaimbu muncul sebagai pelajar cemerlang dalam PT3 yang pertama SMK Taun Gusi II (SMATAG) dengan keputusan 8A1C. Menurut Pn.Sapiah Kalimuddin(Setiusaha Peperiksaan Luaran), seramai 99 pelajar yang menduduki PT3 bagi tahun 2015 di SMATAG dan adalah kumpulan pertama sekolah berkenaan.

Sementara itu, Menurut ibu Kheressah, Kheressah adalah anak yang ke-3 daripada 6 orang adik beradik, menetap di mongoris dan bersekolah asal di SK.Ulu Kukut. Ketika ditanya sama ada mereka menggunakan bahasa melayu di rumah

sebagai bahasa pertuturan, ibu kheressah mencelah  " kami adalah Tobilung tulen".

Kemudian dia bertutur tobilung... lalu penulis pun faham bahawa dia itu betul betul tobilung ha hahha

Kini, (11.1.2016) Kheressah telah melanjutkan pendidikan di salah satu sekolah di Kota Marudu - dalam aliran sains.