Isnin, 14 Disember 2015

TOP PT3 YANG PERTAMA DI SMATAG

Kheressah Menerima Slip PT3 daripada Pengetua Smatag, En.Pauze Majid
Kheressah Bibianyie Kaimbu muncul sebagai pelajar cemerlang dalam PT3 yang pertama SMK Taun Gusi II (SMATAG) dengan keputusan 8A1C. Menurut Pn.Sapiah Kalimuddin(Setiusaha Peperiksaan Luaran), seramai 99 pelajar yang menduduki PT3 bagi tahun 2015 di SMATAG dan adalah kumpulan pertama sekolah berkenaan.

Sementara itu, Menurut ibu Kheressah, Kheressah adalah anak yang ke-3 daripada 6 orang adik beradik, menetap di mongoris dan bersekolah asal di SK.Ulu Kukut. Ketika ditanya sama ada mereka menggunakan bahasa melayu di rumah

sebagai bahasa pertuturan, ibu kheressah mencelah  " kami adalah Tobilung tulen".

Kemudian dia bertutur tobilung... lalu penulis pun faham bahawa dia itu betul betul tobilung ha hahha

Kini, (11.1.2016) Kheressah telah melanjutkan pendidikan di salah satu sekolah di Kota Marudu - dalam aliran sains.








Ahad, 30 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TOBISA KE-26 (2014-2017)

MENANG TANPA BERTANDING
 Presiden Tobisa - En.Muji Ampau

Timbalan Presiden - En. Jaiping Minsu
En.Jaiping Minsu.BSK.
Naib Presiden I - En.Timis Sambadi
En.Timis Sambadi
Naib Presiden II - En.George Elang
En.George Elang
Naib Presiden III - 
Naib Presiden IV - 
Setiusaha Agung - 
Penolong Setiusaha - En.Janes Kansirung
En.Janes Kansirung

Bendahari Agung - 
Penolong Bendahari - En.Engkal Bagaton
En.Ingkal Bagaton
Ketua Penerangan - 
Pen.Ketua Penerangan - En.Benson Gampawi
En.Benson Gampawi

 BERTANDING

KEPUTUSAN UNDIAN

AMT TOBISA 2014-2017
ALEX SUNDAN, ARNI SANTAIM, DENSON SAIDI, ASBIN, KOMIJON, GEORGE GOMBUR, OMAR GURISAN, JOHN SIMPUL

AMT DLANTIK




Ahad, 23 Februari 2014

KKTC TERUSKAN MATLAMAT ANDA...

Taining Susun - Cincin Bertuah KKTC...
Beberapa minggu yang lalu KK Tobilung Club atau lebih di kenali sebagai KKTC begitu gah mempromosi t-shirt club di laman sosial khasnya di Facebook. Promosi yang bertalu-talu ini sudah tentu mengundang reaksi yang berwarna-warni di kalangan masyarakat Tobilung. Itulah sebabnya presiden Tobisa kata kewujudan KKTC telah mengundang persepsi positif dan negatif.



Apa bezanya KK Tobilung Club dengan 4x4 Tobisa Club ?  PADA kita ini cuma kelab di dalam persatuan atau barangkali persatuan di dalam kelab!!! ... lalu KK Tobilung Club itu di letakkan dalam biro apa di dalam Tobisa? mungkinkah penubuhan KK Tobilung Club adalah signal protes perpecahan yang berlaku di dalam AMT Tobisa yang membawa message kegagalan Tobisa dalam menyatupadukan masyarakat bandar atau gagal dalam menyelami jiwa jenarasi muda masyarakat itu?

En.Muji Ampau,Respon Presiden Tobisa ketika diminta mengulas KKTC
Mengikut Presiden Tobisa tidak mengapa kalau banyak kelab dalam masyarakat tobilung asal matlamat mereka tidak bertindih dengan matlamat Tobisa. "... kenapalah kalau ada banyak kelab asal objektif dia tidak bertindih dengan matlamat dan perlembagaan tobisa,kita tidak ada masalah mengenainya", demikian katanya dalam mesyuarat tobisa hari ini ketika di minta mengulas penubuhan KKTC oleh salah seorang AMTnya di ikuti dengan gelak ketawa oleh barisan AMTnya pula.




Presiden KKTC - En. Taining Susun
Timbalan Persiden KKTC - En Dino Masidim
Naib 1 - Sansari Lintangga
Naib 2 - Edward


TUAN DINO MASIDIM, Tim.Presiden KKTC
Terkini !!! - En Dino mengirim sms kepada pihak admin berbunyi begini "Dalam minit mesyuarat, kami sudah susun AMT KKTC (seperti di atas) : En.Taining dan saya (Dino) yang telah memulakan penubuhan KKTC.....,  Kami tidak akan menerima mana-mana AMT Tobisa yang ada jawatan dalam persatuan, harap maklum - katanya dengan nada marah.






Jumaat, 31 Januari 2014

HAPPY BIRTHDAY TOBISATOKOU

TOBISATOKOU telah genap setahun hari ini 31.1.2014. Misi utama Tobisatokou ialah  mendokumentasikan setiap aktiviti-aktiviti utama dan mempromosikankan  maklumat program semasa. Persatuan memang banyak menjalankan program namun jika ahli-ahlinya tidak menyalurkan aktivitinya kepada TOBISATOKOU  maka apa yang ada sajalah yang dapat di muatkan. Walau bagaimanapun di tahun ke-2 ini usaha lebih aktif bagi menambaih baik imej TOBISATOKOU terutamanya melengkapkan ruang2 kosong yang masih lompang, memperbanyak artikal, melengkapkan silasilah dan up date terkini adat istiadat kaum tobilung serta  meningkatkan bilangan pengunjung kepada 1 ribu orang... tidak mungkin kita ada dalam setiap aktiviti,tetapi anda ada dalam setiap aktiviti

Sebab itu salurkan maklumat lewat email ini: tobisatokou@gmail.com
gambar-gambar/foto2 aktiviti emailkan juga.  lepas tu sms lah kpd admin yg mengatakan ada aktiviti terbaru yg telah di emailkan... mudah. ringkas. tidak pening-pening.


Berikut adalah senarai aktiviti Tobisa dalam masa terdekat ini:-

1/. 28.3. 2014 - pertandingan 4x4 di Kg.Timbang - pengurus, En.Pailis Lingkom
2/. 29.3.2014  - upacara moniridong di Kg.Timbang - Pengurus, En.Timis sambadi
3/. 30.3.2014  - Mesyuarat Agung Tobisa 2014 di Kg.Timbang - AJK,Tobisa





Ahad, 19 Januari 2014

DANCE WORLD CUP 2014

Cikgu Aqsa Saubin
Rumah Kebudayaan Tobilung,Kg.Timbang,KB - 19 January 2014; DANCE WORLD CUP 2014 yang diadakan di Portugal menjadi perhatian AMT Tobisa hari ini. Menurut Cikgu.Aqsa Saubin yang juga aktivis kebudayaan SMK Taun Gusi, pihaknya tidak akan berputus asa untuk membawa empat orang pelajar Tobilung bagi mempersembahkan tarian kreatif mongigol tobilung ke portugal pada tahun ini. Menurut cikgu Aqsa,  tahun lepas(2013) mereka gagal membawa pelajar berkenaan ke pertandingan tersebut di sebabkan tidak mendapat sokongan kewangan daripada Kementerian Pendidikan, dan pada tahun ini tidak ada istilah "gagal lagi" tegasnya. Apa yang kami harapkan ialah sokongan penuh daripada Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA), katanya.

Dance World Cup adalah suatu acara tahunan dan di adakan setiap 25 Jun - 8 Julay setiap tahun, melatih pelajar menari bukan suatu halangan yang menjadi halangan utama bagi pengurus peserta ialah kos untuk sampai ke lokasi pertandingan. Dengan membawa 12 penari kreatif dan 2 orang pengiring memakan belanja kira-kira RM150 ribu.

Ketika kertas kerja itu di ajukan kepada pihak AMT Tobisa, jemaah AMT Tobisa senyap seketika namun "menyokong penuh" usaha tersebut dan berikhtiar untuk mengadakan beberapa acara amal bagi mendapatkan dana secukupnya. Pihak persatuan juga memuji Cikgu Aqsa atas usahanya yang tidak mudah berputus asa.



Ahad, 24 November 2013

ORKESTRA BAMBU TOBISA 2013

Selain menerapkan 7 nilai etika tobilung kemahiran bermain muzik tradisional juga harus diwariskan atau diajarkan kepada generasi muda melalui sikul pianak-anakan(taska tobilung) demikian kata-kata penegasan yang berbahagia Ir.Muji Ampau Presiden Tobisa dalam mesyuarat tahunan yang di adakan di RKT.Kg.Timbang hari ini.