Hari ini buru-buru balik kampung kamu tau kenapa? Konon mau test ni menu yang kawan aku bagi. Menu ni biasa di hidang dalam majlis-majlis rasmi tetapi saya sengaja bagi imej baru manalah tau orang-orang kita akan test pula dalam skala besar (iaitu untuk di makan antara 30 -100 orang);
Menu ini saya namakan “Nasi Tomato Tobisa”, dan
hari ini saya test untuk 8 orang. Berikut adalah bahan-bahan nya:
BAHAN-BAHANNYA
6 cawan beras basmathi, dicuci
dan direndam 30 minit
2 sudu besar pes tomato
(tomato puree)
4 sudu besar sos tomato
jenama Life
4 sudu besar minyak sapi
2 biji bawang besar, di hiris
2 ulas bawang putih,
dicincang
2 inci halia, dititik
2 helai daun pandan,
disimpul
6 1/2 cawan air
2 cawan susu rendah lemak
(atau susu sejat)
Garam secukup rasa
2 batang kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Mencari bahan-bahan
di atas tu hampir 3 jam terbazir pusing-pusing di kedai GUI , last-last pigi kedai Ghulam, malangnya mereka tidak
jual dalam kuantiti yang sedikit terpaksa juga lah beli dalam 10 gram
wkakakakkaka… kawan aku kata menu tu mesti di hias supaya nampak
menarik maka saya pun hiaslah, ini konon bahan hiasannya
BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang atau daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis
CARA MEMBUATNYA
Pertama sekali, panaskan minyak
sapi dalam kuali (elok guna kuali non-stick), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang
besar, bawang putih dan daun pandan
hingga harum. Masukkan pes tomato dan
tomato sos, kacau rata dan masukkan beras yang telah di rendam tadi. Gaul
hingga sebati kemudian goreng beras tadi kira-kira 1 minit.
Langkah kedua,
alih beras tadi ke dalam rice cooker.
Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika nak).
Dan biar nasi betul-betul masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker.
Akhir sekali,
hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang atau daun sup serta bawang goreng.
Alternative lain; Boleh juga anda
kukus nasi tadi. Anda keluarkan nasi, letak dalam pengukus yang dialas daun
pisang (cucuk-cucuk sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga
masak.
Mudah
saja sebenarnya, sebelum saya test menu ni ada saya tanya kawan tadi kenapa
guna beras
basmathi ? kenapa tidak guna beras biasa… sebabnya, beras jenis tu
sebiji-sebiji bila sudah masak beras biasa licak … so tak sesuai. Dan menu ni
sesuai di padankan dengan “ayam masak merah” dan “ acar timun”… wow sedap!!! Tak
perlu makan di hotel lagi…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan