Profile Kg.Toburon,K.Belud

Mukadimah

Bila kita sebut profile sesebuah kampung apa yg dapat kita bayangkan ialah sekumpulan data-data berkaitan dengan lokasi dan keluasan, bilangan penduduknya, potensi2 ekonomi, kemudahan asas dan siapa JKKKnya, siapa Ketua Kampungnya dan sebaginya.

Dalam kes Toburon, dengan hanya isi ruang2 kosong apa yg di sebut di atas itu dia tak memberi apa2 faedah  kerana ia hanya sekadar data2 saja tetapi jika kita hubungkan dengan tahap pembangunan dengan sejarah lampau barangkali ia boleh memberi gambaran sedikit kepada generasi muda dan golongan pemerintah iaitu di mana dan pada tahap mana kemajuan yang telah di capai selama  perkampungan itu telah di buka. Sebab itu data2 perlu bertolak dari awal.

TOBURON
Pada penulis, Toburon ini di bahagikan kepada beberapa kawasan perumahan iaitu Tombulawan, Toburon Tagayo,Toburon Tokodo,Toburon Puka, dan Sawa. Damang itu pada penulis tidak ada, damang adalah merujuk kepada suatu kawasan di tepi pantai Toburon yang adalah kawasan padang ragut bebas ternakan kerbau dan lembu. Menurut Mendiang Gumalong, 'damang' adalah nama seorang lanun (irranun) yg datang berniaga secara tukar barang (barter) dgn penduduk toburon suatu ketika dulu. penduduk kampung menamakan lokasi atau tapak pertukaran itu sebagai 'damang' bersempena dengan nama peniaga tersebut. Jadi  istilah "Toburon Damang" yang kini di sebut-sebut itu sebenarnya adalah Toburon Sawa.



Dalam perbualan seharian, penduduk toburon selalu berkata lod sarayo, lod sawa, lod tombulawan, lod toburon tagayo, lod toburon tokodo. Semua sebutan2 ini merujuk kepada kawasan perumahan tobilung yang terdapat di Toburon. Ada juga kawasan perumahan yang terpisah jauh seperti Maa'nau dan Mandawang tetapi prumahan di situ hanya melibatkan beberapa buah rumah saja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan